Friday, July 24, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Sk. Babagon Toki merupakan sebuah sekolah berstatus SKM (Sekolah Kekurangan Murid). Muridnya berjumlah 54 orang. Peratusan murid paling ramai ialah kaum Dusun. Sekolah ini mempunyai 5 orang guru dan seorang guru besar serta seorang pembantu tadbir. Kedudukan sekolah lebih kurang 30km dari bandar Kota Kinabalu.
Walaupun keadaan sekolah dalam serba kekurangan para guru terus menjalankan tugas dengan gigih dan cemerlang. Harapan para guru akan terus membawa perubahan kepada sekolah ini dengan lebih cemerlang pada masa depan baik dalam kurikulum dan juga ko-kurikulum.
Prestasi Kurikulum bergantung kepada sistem perancangan dan perlaksanaan yang teratur dan sempurna disamping kecekapan dan kemahiran para pendidik mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif, gembira dan berkesan. Pendekatan pelbagai kaedah, pemerhatian dan penilaian guru terhadap kerja murid secara sistematik dan berterusan membolehkan kita dapat mengesan kelemahan mereka. Proses ini akan dapat menyusun semula strategi pengajaran kita kepada satu bentuk kaedah yang difikirkan lebih sesuai dan signifikan.